6 Mac 2014 - 20:30
Akhlak Nabi (s.a.w) faktor menarik perhatian masyarakat

Antara ajaran Ahlul Bait (a.s) ialah membimbing masyarakat melalui akhlak mulia, bukan dengan kekerasan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Sayid Husain Nejad pagi semalam dalam persidangan 'Fatimiyah dan peluang berdakwah' berkata, Allah (s.w.t) mengingatkan kepada kita tentang keangungan akhlak Nabi (s.a.w) sebagai "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" yang membawa makna dominasi, iaitu engkau menguasai akhlak mulia. Oleh kerana rahmat Allah meliputi keadaanmu, engkau berlunak dengan orang ramai yang mana sekiranya engkau bersikap kasar dan keras hati, maka orang ramai akan lari daripadamu.

"Allah ingin menyatakan wahai Rasulullah (s.a.w), sekiranya engkau berbicara dengan kekerasan, maka orang ramai tidak akan datang kepadamu. Seorang individu datang kepada imam Ali (a.s) dan berkata: Wahai Ali! bolehkah engkau hitung ciri-ciri akhlak Nabi (s.a.w). Maka Amirul Mukiminin berkata: Tidak!. Individu tersebut bertanya tentang sebabnya dan Ali bin Abi Talib berkata: Apakah engkau mampu menghitung nikmat dunia. Individu itu memberi jawapan negatif. Ali pun berkata: Allah berfirman, nikmat-nikmat dunia adalah sedikit, ketika itu engkau tidak dapat menghitung nikmat yang sedikit dan engkau pula mengharapkan aku menghitung ciri-ciri akhlak," kata beliau.

Hashemi Nejad memberi pesanan tentang akhlak dalam seminar tersebut dengan menyatakan, "Salah satu jalan yang dapat anda jadikan orang ramai berakhlak ialah dengan membalas kejahatan dengan kebaikan. Pada suatu hari Imam Hasan al-Mujtaba menjemput beberapa orang sahabatnya ke sebuah taman di kota Madinah. Apabila mereka sampai ke sana, penjaga kebunnya hanyalah seorang sahaja dan dia tidak membuka pintunya. Mereka berkata kepada Imam, izinkan kami mengajar tukang kebun ini. Beliau berkata: Dia melakukan kerja yang lain, kita pulang sahaja dan tidak perlu datang lagi ke taman. Para sahabatnya tidak ada pilihan kecuali menerimanya. Tidak beberapa langkah mereka meninggalkan taman, tukang kebun membuka pintu. Imam Hasan bertanya sebab dia tidak membuka pintu. Jawabnya: Ramai sahabatmu bercerita tentang akhlakmu, aku sengaja tidak membuka pintu supaya dapat melihat tingkahmu. Imam berkata: Aku bebaskan engkau dan taman ini aku hadiahkan kepadamu."

Hujjatul Islam Hashemi menjelaskan lagi, "Al-Marhum Ayatullah Sayid Mohsen Amin, selama beliau tinggal di Damsyik, ramai pengikut Bani Umayyah yang menjadi muridnya dan orang ramai bertanya kepada beliau: Apakah yang engkau lakukan sehingga mereka menjadi muridmu? Beliau berkata: Ketika aku masuk ke Damsyik, pengikut Bani Umayyah mengajar kanak-kanak supaya melontar jubahku dengan kayu atau melontar tomato ke arahku. Namun disebabkan sikapku yang menyertai solat jemaah bersama mereka, aku bergegas menziarahi individu yang sakit di kalangan mereka, ini semua menyebabkan mereka ini bersikap demikian denganku."

Tambahnya lagi, "Kita hendaklah menarik perhatian orang ramai dengan akhlak. Salah seorang daripada ulama berkata, dalam beberapa tahun aku berinteraksi dengan 400 pelajar, namun tidak ada seorangpun yang dapat aku didik mereka sehinggalah pada suatu hari mereka pergi ke kota Qom dan bertamu di sebuah rumah rakan. Hamba Allah ini bukan sahaja menyambut kami, dia juga mencegah kasut-kasut kami dari kepanasan, dia membasahkan permukaan kasut kami dengan kain, sebaik sahaja para pelajar keluar dari rumahnya, apabila mereka sedar dengan sikap beliau, mereka tertarik dengannya. Hakikatnya hamba Allah ini hanya melakukan perkara tersebut sedangkan aku sudah bertahun-tahun mengajar, aku tidak mampu melakukannya terhadap para pelajarku."

Hujjatul Islam Hashemi Nejad menerangkan bahawa para muballigh tidak sepatutnya berbicara tentang masalah keduniaan dan masalah harta dengan pengikutnya. Kata beliau, "Membimbing orang ramai merupakan urusan yang penting dan mempunyai keberkatan. Terutamanya dalam waktu tertentu yang mana orang ramai memberi perhatian terhadap Ahlul Bait seperti hari-hari Fathimiyah, atau sepuluh Muharam dengan beberapa teknik penyampaian. Sebenarnya kecintaan terhadap Ahlul Bait (a.s) membuatkan mereka tampil ke majlis-majlis dan menyediakan latar penerimaan spiritual. Sekiranya sekecil zarah cahaya Fathimah az-Zahra (a.s) terpancar dalam hati mereka, hakikatnya ia memberi rawatan kepada mereka."